Wednesday, 10 April 2013

JALANI UJIAN DARAH SEBELUM BEKAM




UJIAN DARAH 

   Umur yang panjang tidak bermakna jika kita tidak sihat. Jangan perjudikan kesihatan anda dan segeralah jalani pemeriksaan kesihatan seperti yang disarankan. Sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri, seharusnya menjalani saringan pemeriksaan. 

   Ujian saringan darah sebaiknya dijalani sebelum berbekam untuk mengetahui tahap kesihatan pesakit. Tujuan utamanya ialah untuk membezakan keadaan kesihatan seseorang melalui ujian darahnya sebelum dan selepas berbekam. Bagi individu sihat, ujian darah boleh mengesan sebarang ketidaknormalan yang tidak disedari dan memberikan pelbagai maklumat penting untuk diagnosis, rawatan dan kaedah pencegahan bagi satu-satu penyakit.


   Ujian darah boleh disaring di makmal-makmal swasta seperti BP Lab, Pathlab dan hospital-hospital swasta. Ujian darah lengkap tidaklah semahal yang disangka, dalam lingkungan RM80 - RM120 sahaja. 


   Ujian darah dilakukan untuk mengetahui kiraan darah keseluruhan, paras glukos, kandungan kolesterol (lipid profile), fungsi hati (liver function test),ginjal (renal function test) dan ujian urin (urin FEME).


   Sebelum anda berbekam, sila bawa sekali keputusan ujian darah anda. Jika dikesan awal, kos rawatan jauh lebih murah. Jangan biarkan kebimbangan ini menjadi penghalang. Anggaplah ia pelaburan yang bermanfaat untuk mengecap kehidupan yang lebih baik.


Di bawah ini disediakan sedikit penerangan tentang ujian-ujian darah penting yang dilakukan di makmal-makmal perubatan.



UJIAN DARAH PERIFERI


Red Cell Indices 
Red Cell Indices memberitahu ketidaknormalan sel darah merah.


Hematokrit (PCV)
Nilai PCV yang rendah mungkin disebabkan oleh anemia, kehilangan darah dan anemia hemolitik. PCV yang tinggi boleh disebabkan oleh polycythaemia atau macrocytosis.


Hemoglobin (Hb)
Hb berperanan mengangkut oksigen memasuki sel. Nilai Hb di bawah paras normal menandakan anemia.


Sel Darah Putih
Sel darah putih berfungsi sebagai sistem pertahanan tubuh terhadap mikroorganisma yang boleh menyebabkan jangkitan. Ia boleh dibahagikan kepada 5 jenis iaitu neutrofil, limfosit, monosit, eosinofil dan basofil.
Kehadiran sel yang abnormal menandakan infeksi kronik. Kehadiran sel-sel yang tak matang (blasts cells) dalam darah periferi dan peningkatan nilai Sel Darah Putih menandakan leukemia.


Platelet 
Platelet berperanan penting dalam mekanisma pembekuan darah bagi mengelakkan kehilangan darah yang berlebihan.


ESR
Erythrocyte Sedimentation Rate (ESR) ialah kadar enapan komponen sel dalam plasma dalam masa satu jam.


PBF (Peripheral Blood Film)
Filem darah nipis yang diwarnakan dengan pewarna tertentu dan diperiksa di bawah mikroskop.


Kumpulan Darah
Dua sistem yang biasa digunakan dalam menentukan kumpulan darah adalah ABO dan Rhesus (Rh). Melalui sistem ABO, kumpulan darah boleh dibahagikan kepada A, B, AB dan O. Taburan bagi setiap kumpulan adalah A (23%), B (23%), AB (5%) dan O (49%). Di bawah sistem Rhesus pula, darah boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu rhesus positif atau rhesus negatif.


URIN (FEME)
Urin atau air kencing dihasilkan dari proses penyaringan darah melalui ginjal. Kandungan urin bergantung kepada keadaan kesihatan dan pemakanan harian seseorang individu.


pH
Individu normal julat pH antara 5.0 hingga 7.0. Faktor yang mempengaruhi pH urin seseorang individu adalah pemakanan harian, tempoh selepas persampelan, infeksi saluran urinari dan ketakseimbangan hormon.


Glukos
Ujian saringan kehadiran glukos dalam urin adalah petanda seseorang individu itu mempunyai penyakit diabetes melitus. Namun demikian, kehadiran glukos dalam urin individu yang normal mungkin berlaku dalam individu yang mempunyai ambang glukos rendah; keadaan yang dikenali sebagai glukosuria.


Keton
Keton adalah hasil sampingan daripada metabolisma lemak dan dikumuhkan dalam urin. Keton hadir dalam pesakit diabetes mellitus kerana sel-sel badan tidak dapat menggunakan glukos sebagai sumber tenaga secara efektif. Keton juga terdapat dalam urin orang berpuasa.


Darah
Kehadiran darah dalam urin, mungkin berpunca dari ginjal, saluran urinari atau pundi kencing. Darah dalam urin dengan kesakitan adalah satu petanda kehadiran batu karang dalam salur urinari. Namun demikian, kehadiran darah dalam perempuan haid biasanya dianggap normal.


Protein
Kandungan protein meningkat dalam individu yang mengalami infeksi saluran urinari, individu yang mempunyai tekanan darah tinggi, diabetes mellitus dan penyakit ginjal.


Specific Graviti (S.G.)
S.G. adalah indikasi daya pemekatan dan perkumuhan ginjal. Individu normal mempunyai julat S.G. antara 1.015 hingga 1.030.


Mikroskopi
Permeriksaan kandungan urin di bawah mikroskop.


Sel Darah Putih 
Hitungan kurang dari 5 dalam satu HPF dianggap normal. Peningkatan SDP dan kehadiran bakteria dalam urin adalah berhubungkait dengan infeksi saluran urinari.
Ujian kultur perlu dilakukan untuk menentukan jenis bakteria dan antibiotik yang perlu diberikan.


Sel Darah Merah
Sel Darah Merah menandakan kehadiran darah dalam urin.


Sel Epithelia
Hitungan lebih dari 10 dalam satu HPF adalah indikasi infeksi saluran urinari.
Casts
Kehadiran cast granular mungkin menandakan kegagalan fungsi ginjal. Cast hialin boleh hadir dalam urin individu normal selepas senaman berat atau individu yang mengamalkan pemakanan diet kaya protein.


Kristal
Kristal urin yang biasa dilihat adalah kristal asid urik dan kalsium oksalat. Kehadiran kristal triple phosphate menandakan kemungkinan besar kehadiran batu karang ginjal.


UJIAN FUNGSI HATI 
Protein (Albumin & Globulin)
Kedua-dua albumin dan globulin berguna untuk mengukur status pemakanan seseorang individu. Kedua-duanya juga berguna untuk mendiagnosis penyakit hati, gastrointestinal dan ginjal (buah pinggang), ketaknormalan protein, kanser dan kegagalan fungsi sel darah.


Bilirubin
Peningkatan aras bilirubin dalam serum boleh berpunca dari kegagalan fungsi hati, obstruksi salur hempedu atau penyakit sel darah merah. Manifestasi klinikal ialah penyakit kuning.


SGOT/AST/Aspartate Aminotransferase
Enzim akan dibebaskan ke dalam peredaran darah apabila sel tercedera dan aras akan meningkat mengikut tahap kecederaan pada sel.


SGPT/ALT/Alanine Aminotransferase
Ianya selalu digunakan bersama SGOT bagi mengukur fungsi hati dan mendiagnos penyakit yang berkaitan dengan kegagalan fungsi hati.


SAP/Alkaline Phosphatase
Paras ALP yang tinggi ditemui pada kanak-kanak, penyakit hati, obstruksi salur hempedu dan penyakit tulang.


UJIAN FUNGSI GINJAL (RENAL FUNCTION TEST)


Elektrolit
Elektrolit merupakan komponen yang penting dalam cecair badan dan keseimbangannya membolehkan berbagai sel dan organ berfungsi secara normal.


Urea
Urea merupakan hasil akhir metabolisma protein dan asid amino. Ia mengukur fungsi ginjal dan hidrasi. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh digunakan secara bersendirian dalam penentuan fungsi ginjal (hanya untuk ujian penyaringan sahaja).


Kreatinin
Kreatinin selalunya diukur bersama-sama urea untuk menentukan fungsi ginjal.


Asid Urik
Gout merupakan sindrom klinikal bagi pesakit yang mempunyai asid urik yang tinggi dalam darah dan pengenapan kristal urate pada tisu lembut; terutamanya pada sendi mengakibatkan respons inflamasi.
Parasnya dalam darah juga dipengaruhi oleh jumlah asid urik yang dihasilkan dan kecekapan eksresi ginjal.


LIPID PROFILE

Aras kolesterol darah memberikan indikasi risiko mendapat penyakit kardiovaskular dan juga berguna untuk menilai fungsi hati dan tiroid.Kolesterol
Peningkatannya boleh mengakibatkan penimbunan pada dinding salur darah menyebabkan penyempitan dan seterusnya penyumbatan saluran darah (arhterosclerosis).


HDL-Kolesterol
Ianya dikenali juga sebagai kolesterol yang baik (good cholesterol). Ianya berfungsi sebagai pengangkut bagi mengeluarkan kolesterol yang berlebihan dari sel. Nilainya boleh ditingkatkan dengan melakukan senaman harian.


LDL-Kolesterol
Ianya juga dikenali sebagai kolesterol yang tak baik (bad cholesterol). Kolesterol yang berlebihan akan diangkut oleh LDL ke dinding arteri; mengakibatkan artherosclerosis.


Trigliseride
Trigliseride merupakan asid lemak yang ditemui dalam aliran darah. Aras yang tinggi boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.


Glukos (Kandungan gula darah)
Ia biasa digunakan untuk mendiagnos penyakit kencing manis (diabetes mellitus) atau bagi menilai tahap pengawalan glukos. Perubahan arasnya dalam darah bergantung kepada aktiviti individu dan juga jangkamasa selepas makan. Individu dengan keputusan ujian glukos darah dalam keadaan puasa yang menghampiri nilai yang ditetapkan dikehendaki melakukan ujian
Glucose Tolerance Test (GTT) untuk menentukan diagnosis penyakit kencing manis.

Monday, 8 April 2013

DIAGNOSIS PENYAKIT MELALUI TANDA SELEPAS BEKAM

Kulit melepuh selepas dibekam kerana kandungan asid yang begitu tinggi 


Diagnosa bekam dapat dilihat dari warna pigmen kulit setelah pembekaman. Di dalam buku “Canon of Internal Medicine” dikatakan, “Keadaan organ internal (organ dalam) dapat diketahui dengan cara mengobservasi (mengamati) gejala-gejala eksternal dan tanda-tanda fizik, sehingga penyakit dapat diagnosa.”

Reaksi pigmen pada kulit bekas bekam adalah sebagai berikut :


Tindakbalas kulit selepas dibekam mengikut keadaan tubuh dalaman pesakit


1. Bekas bekam yang muncul berwarna ungu kegelapan atau hitam, pada kebiasaannya hal  ini menandakan (kekurangan) saluran pembekal darah dan saluran (pembuluh) darah yang tidak lancar yang disertai dan terdapatnya darah beku.

2. Bekas bekam yang muncul berwarna ungu disertai plaque (berbintik-bintik), pada kebiasaannya ia menandakan terjadinya gangguan/ kelainan gumpalan darah yang berwarna keunguan dan adanya darah beku.

3. Bekas bekam yang muncul berbentuk bintik-bintik ungu yang tersebar dengan warna yang berbeza (gelap/pekat dan ada yang ungu muda). Hal ini menandakan kelainan “Qi” dan aliran darah kurang lancar.

4. Bekas bekam yang muncul berwarna merah cerah, biasanya menunjukkan terjadinya kekurangan “Yin”, kekurangan “Qi” dan darah atau rasa panas yang dahsyat yang ditunjukkan oleh kekurangan “Yin”.

5. Bekas bekam yang muncul berwarna merah gelap, menandakan keadaan asid dan lemak di dalam darah yang tinggi disertai dengan panas.

6. Bekas bekam yang muncul berwarna agak pucat/putih dan tidak hangat ketika disentuh, menandakan terjadinya defisiensi cold (dingin) dan adanya angin.

7. Adanya garis-garis pecah/ruam pada permukaan bekas bekam dan rasa sedikit gatal, ia menandakan keadaan adanya gangguan gas (angin).

8. Munculnya wap air pada dinding bahagian dalam gelas bekam, menandakan keadaan adanya gas-gas patogen pada kawasan tersebut.

9. Adanya blister (lepuhan/lecat) pada bekas bekam, menggambarkan keadaan gangguan gas yang parah pada tubuh. Adanya darah tipis pada blister merupakan reaksi gas panas toksin.

Monday, 1 April 2013

BEKAM DI SAUJANA IMPIAN

Tarikh : 31 Mac 2013
Tempat : Saujana Impian, Kajang
Pengalaman : Kali Pertama
Sejarah : Pernah menjalani pembedahan slip disk

Bekam di bahagian belakang untuk kali pertama
Bekam di bahagian belakang gabungan titik akupuntur. Bekas berkabus menandakan bekam juga menarik angin dari dalam badan.

Untuk pertama kali, darah tidak begitu banyak kerana beliau pernah menderma darah tahun lepas

Jerawat menandakan aliran darah kurang lancar , perlu ulangan


BEKAM UNTUK PENYEMBUHAN DARAH TINGGI, JANTUNG, STROKE, DIABETES DAN LAIN-LAIN

Darah kotor yang baru dikeluarkan dari tubuh pesakit kelihatan bewarna kehitaman

Bekam adalah pengubatan biasa yang dilakukan oleh Rasulullah. Biasanya dilakukan sebulan sekali. Bekam dilakukan dengan cara mengeluarkan darah kotor yang mengandungi kolesterol, urid asid, virus, racun dan sebagainya dari tubuh. Darah biasanya kental dengan warna merah kehitaman. Darah ini berpotensi menggumpal dan menyumbat saluran darah yang menimbulkan hipertensi, stroke dan serangan jantung. Banyak jantung dan virus penyakit boleh dikesan seperti kolesterol, urid acid, gula dan sebagainya. Pendek kata, bekam adalah proses detoksifikasi alami yang tidak perlu menggunakan ubat, darah kotor dibuang dan diganti dengan darah baru dan akan bertambah segar dalam masa tiga hari.

Bekam sangat efektif untuk melamcarkan peredarah darah, menurunkan tekanan darah, serta menyembuhkan penyakit stroke dan mencegah serangan jantung. Selain itu, beberapa penghidap diabetes telah turun kadar gula darahnya.

Ramai orang skeptikal dengan bekam antaranya ialah takutkan proses pembekaman ini sangat sakit. Sebenarnya tidak sama sekali. Dengan kaedah yang sudah dimodenkan, kini bekam menggunakan jarum yang sangat kecil, sekitar tidak melebihi 0.5mm. Kedalamannya semasa ditusuk sekata kerana sudah dimasukkan ke dalam lancet khas seperti pen. Pada mereka yang sudah biasa diambil darah dari hospital atau makmal dengan jarum suntikan yang besar atau jarum infusi yang lagi berhari-hari di kulit, bekam tidak akan menjadi isu besar buat mereka.

Friday, 22 March 2013

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI




Rajah di atas menunjukkan fungsi organ dalaman yang boleh dikesan melalui jari.




(Jari telunjuk : Usus) - (Jari tengah : Jantung) - (Jari Manis : Imuniti)
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Ruas jari kehitaman bermakna badan penuh dengan racun dan toksik.Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit. Seterusnya, jika wanita, cara untuk tengok sistem dalaman perempuan adalah dengan melihat pada jari kelingking kita. Sekiranya jari meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan kemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik bermakna masalah angin. Kalau yang suka marah-marah, mungkin angin dalam badan banyak. Selain itu, jika mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser. 

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya, ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya jika kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat-sahabat tengok pada kuku setiap jari anda, jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pula sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat.

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

MENGESAN PENYAKIT MELALUI MATA


Mengesan Penyakit Melalui Mata

Di Bahagian mata Putih

a.Warna kekuningan

Terdapatnya jangkitan virus seperti hepatitis. Ini jelas dapat dilihat juga sekiranya diatas lidah 
 terdapat bintik-bintik putih. Jika keracunan logam berat mengakibatkan rambut gugur, lesu kuku kaki dan tangan pecah-pecah dan keluar darah dari liang roma. Sekiranya masalah batu hempedu dikesan pesakit sering mengalami kelaparan di waktu malam.

b.Mata kemerahan

Badan kekurangan air atau berhidrasi berlaku kerana kurang pengambilan air, kepanasan serta 
pengamalan minuman berdiuretic.Tandanya, urin yang kuning pekat, sakit kepala, sakit pinggang dan
urat biru di tangan. Terdapat jangkitan kuman yang dikesan dengan kehadiran selaput putih.

Di Bahagian Mata Hitam

Lingkaran putih di hujung iris, keadaan ini menandakan kandungan kolesterol yang tinggi. Tapak 
tangan dan hujung jari berwarna merah. Hujung lidah juga berwarna merah dan biasanya individu ini
bersifat pemarah. Ini disebabkan oleh faktor pemakanan dan genetik. Individu yang mengemari makanan berlemak dan berminyak dan makanannya yang tinggi kandungan sodium(seperti kicap) Penyumbang pembentukkan kolesterol dalam darah. Penghidap penyakit seperti ini perlu mengubah tabiat pemakanan iaitu: Sayuran dan ikan yang direbus. Jauhi makanan bergoreng.

Lingkaran hitam di hujung iris, keadaan ini menunjukkan kehadiran asid urik berlebihan (didapati dari makanan laut seperti sotong dan udang).Ia akan mengakibatkan sakit sendi dan lama kelamaan boleh menyebabkan masalah gout. Rawatan yang paling sesuai digunakan adalah dengan berbekam. Individu yang dibekam, darahnya kelihatan berbuih dan kelihatan berkilat seperti kaca.

Lingkaran gelang iris, seseorang itu mengalami gangguan tekanan perasaan, semakin banyak lingkaran gelang yang kelihatan maknanya pesakit itu stress yang berpanjangan. Bulu matanya juga lurus kebawah. Pesakit perlu pembetulan tulang belakangnya (Kiropraktik).

Lingkaran biru di hujung iris; ini tandanya terdapat masalah perjalanan darah . Ini bakal mengakibatkan gangguan bekalan oksigen dan pesakit mudah mengantuk.

DARAH DAN KITA



 Fungsi Darah Dalam Badan Manusia


Komponen darah normal


   a.  Sebagai media pengangkutan iaitu:
  • Mengangkut oksigen/ zat pembakaran dari paru-paru untuk diedarkan ke seluruh jaringan tubuh.
  • Mengangkut karbon dioksida dari salur darah untuk dikeluarkan melalui paru-paru.
  • Mengambil zat-zat makanan dari usus kecil untuk diedarkan ke seluruh jaringan/ organ.
  • Mengangkut / mengeluarkan zat-zat yang tidak berguna bagi tubuh untuk dikeluarkan melalui ginjal dan kulit.

   b.  Sebagai pertahanan tubuh terhadap serangan penyakit dan racun dalam tubuh dengan         perantaraan leukosit dan antibodi / zat–zat anti racun.

   c.  Menyebarkan panas ke seluruh tubuh.





Kandungan dalam darah: 

  • Air    : 91%
  • Protein    : 3% (albumin, globulin, protombin dan fibrinigen)
  • Mineral    : 0,9% (natrium klorida, natrium bikarbonat, garam fosfat, magnesium, kalsium, dan zat besi).
  • Bahan organik    : 0,1% (glukosa, lemak asam urat, kreatinin, kolesterol, dan asam amino).



Sel-Sel Darah

1. Sel darah merah (Eritrosit)



Sel darah merah yang sihat


Sel darah merah (eritrosit) bentuknya seperti cakra / bikonkaf dan tidak mempunyai nukleus. Ukuran diameter kira-kira 7,7 unit (0,007 mm), tidak dapat bergerak. Banyaknya kira–kira 5 juta dalam 1 mm3 (41/2 juta). Warnanya kuning kemerahan, kerana di dalamnya mengandung suatu zat yang disebut hemoglobin, warna ini akan bertambah merah jika di dalamnya banyak mengandung oksigen.

Fungsi sel darah merah adalah mengangkut oksigen dari paru–paru untuk diedarkan ke seluruh jaringan tubuh dan mengangkut karbon dioksida dari jaringan tubuh untuk dikeluarkan melalui paru–paru. Pengikatan oksigen dan karbon dioksida ini dikerjakan oleh hemoglobin yang telah bercantum dengan oksigen yang disebut oksihemoglobin (Hb + oksigen 4 Hb-oksigen) jadi oksigen diangkut dari seluruh tubuh sebagai oksihemoglobin yang nantinya setelah tiba di jaringan akan dilepaskan: Hb-oksigen Hb + oksigen, dan seterusnya. Hb tadi akan bersama dengan karbon dioksida dan disebut karbon dioksida hemoglobin (Hb + karbon dioksida Hb-karbon dioksida) yang mana karbon dioksida tersebut akan dikeluarkan di paru-paru.

Sel darah merah (eritrosit) diproduksi di dalam sumsum tulang merah, limpa dan hati. Proses pembentukannya dalam sumsum tulang melalui beberapa tahap. Mula-mula besar dan berisi nukleus dan tidak berisi hemoglobin kemudian diisi dengan hemoglobin dan akhirnya kehilangan nukleusnya dan siap diedarkan dalam sirkulasi darah yang kemudian akan beredar di dalam tubuh selama kebih kurang 114 - 115 hari, atau 3 bulan setelah itu akan mati. Hemoglobin yang keluar dari eritrosit yang mati akan terurai menjadi dua zat yaitu hematin yang mengandung Ferum yang berguna untuk membuat eritrosit baru dan hemoglobin iaitu suatu zat yang terdapat didalam eritrosit yang berguna untuk mengangkut oksigen dan karbon dioksida. 

Jumlah normal pada orang dewasa kira- kira 11,5 – 15 gram dalam 100 cc darah. Normal Hb wanita 11.5 mg% dan laki-laki 13.0 mg%. Sel darah merah memerlukan protein karena strukturnya terdiri dari asid amino dan memerlukan pula zat besi, sehingga diperlukan diet seimbang zat besi. 

Di dalam tubuh banyaknya sel darah merah ini boleh berkurang, demikian juga banyaknya hemoglobin dalam sel darah merah. Apabila kedua-duanya berkurang maka keadaan ini disebut anemia, yang biasanya disebabkan oleh pendarahan yang teruk, penyakit yang menghancurkan eritrosit, dan tempat penghasilan eritrosit terganggu.


Sel darah putih (Leukosit)

Bentuk sel darah putih



Bentuk dan sifat leukosit berlainan dengan sifat eritrosit apabila kita lihat di bawah mikroskop maka akan terlihat bentuknya yang dapat berubah-ubah dan dapat bergerak dengan perantaraan kaki palsu (pseudopodia), mempunyai bermacam- macam nukleus sel sehingga ia dapat dibezakan menurut nukleus selnya, warnanya bening (tidak berwarna), banyaknya dalam 1 mm3 darah kira-kira 6000-9000. 

Fungsinya sebagai pertahanan tubuh yaitu membunuh dan memakan bakteria yang masuk ke dalam jaringan RES (sistem retikuloendotel), tempat pembiakannya di dalam limpa dan kelenjar limfa; sebagai pengangkut iaitu mengangkut / membawa zat lemak dari dinding usus melalui limpa terus ke pembuluh darah. 

Sel leukosit disamping berada di dalam pembuluh darah juga terdapat di seluruh jaringan tubuh manusia. Pada kebanyakan penyakit disebabkan oleh masuknya kuman / infeksi maka jumlah leukosit yang ada di dalam darah akan lebih banyak dari biasanya. Hal ini disebabkan sel leukosit yang biasanya tinggal di dalam kelenjar limfe, sekarang beredar dalam darah untuk mempertahankan tubuh dari serangan penyakit tersebut. Jika jumlah leukosit dalam darah melebihi 10000/mm3 disebut leukositosis dan kurang dari 6000 disebut leukopenia.

Macam- macam leukosit meliputi:


Jenis-jenis sel darah putih agranular dan granular

a. Agranulosit 
Sel leukosit yang tidak mempunyai granul didalamnya, yang terdiri dari: 

  • Limposit, macam leukosit yang dihasilkan dari jaringan RES dan kelenjar limfa, bentuknya ada yang besar dan kecil, di dalam sitoplasmanya tidak terdapat glandula dan nukleus besar, banyaknya kira- kira 20%-15% dan fungsinya membunuh dan memakan bakteria yang masuk ke dalam jarigan tubuh.
  • Monosit. Terbanyak dibuat di sumsum merah, lebih besar dari limfosit, fungsinya sebagai fagosit dan banyaknya 34%. Di bawah mikroskop terlihat bahawa protoplasmanya lebar, warna biru abu-abu mempunyai bintik-bintik sedikit kemerahan. Nukleus selnya bulat dan panjang, warnanya ungu muda.

b. Granulosit 
Disebut juga leukosit granular terdiri dari:
- Neutrofil
Atau disebut juga polimorfonuklear leukosit, mempunyai nukleus sel yang kadang-kadang seperti terpisah-pisah, protoplasmanya banyak bintik-bintik halus / glandula, banyaknya 60%-50%. 
- Eosinofil 
Ukuran dan bentuknya hampir sama dengan neutrofil tetapi granula dan sitoplasmanya lebih besar, banyaknya kira-kira 24%. 
- Basofil
Sel ini kecil dari eusinofil tetapi mempunyai nukleus yang bentuknya teratur, di dalam protoplasmanya terdapat granula-granula besar. Banyaknya setengah bahagian dari sumsum merah, fungsinya tidak diketahui.


Sel Platelet (Trombosit)

Platelet juga dikenali sebagai sel trombosit adalah sel penting dalam pembekuan darah



Trombosit merupakan benda-benda kecil yang mati yang bentuk dan ukurannya bermacam-macam, ada yang bulat dan lonjong, warnanya putih, normal pada orang dewasa 200.000-300.000/mm3.

Fungsinya memegang peranan penting dalam pembekuan darah. Jika banyaknya kurang dari normal, maka kalau ada luka darah tidak lekas membeku sehingga timbul perdarahan yang terus- menerus. Trombosit lebih dari 300.000 disebut trombositosis. Trombosit yang kurang dari 200.000 disebut trombositopenia. 

Di dalam plasma darah terdapat suatu zat yang turut membantu terjadinya peristiwa pembekuan darah, iaitu Ca2+ dan fibrinogen. Fibrinogen mulai bekerja apabila tubuh mendapat luka. Ketika kita luka maka darah akan keluar, trombosit pecah dan mengeluarkan hormon yang dinamakan trombokinase. Trombokinase ini akan bertemu dengan protrombin dengan pertolongan Ca2+ akan menjadi trombin. Trombin akan bertemu dengan fibrin yang merupakan benang-benang halus, bentuk jaringan yang tidak teratur letaknya, yang akan menahan sel darah, dengan demikian terjadilah pembekuan. Protrombin di buat didalam hati dan untuk membuatnya diperlukan vitamin K, dengan demikian vitamin K penting untuk pembekuan darah.


Gambar rajah menunjukkan mekanisme pembekuan darah

Bahagian cairan darah yang membentuk sekitar 5% dari berat badan, merupakan media sirkulasi elemen-elemen darah yang membentuk sel darah merah, sel darah putih, dan sel pembeku darah juga sebagai media transportasi bahan organik dan anorganik dari suatu jaringan atau organ. 

Pada penyakit ginjal plasma albumin turun sehingga terdapat kebocoran albumin yang besar melalui glomerulus ginjal. Hampir 90% dari plasma darah terdiri dari air, di samping itu terdapat pula zat-zat lain yang terlarut di dalamnya.