Thursday 6 February 2014

BEKAM SEBAGAI 'LIFESTYLE' MASA KINI

Assalam pembaca dan pengunjung blog HBM,

Semoga semakin sihat dan bertenaga bagi yang sudah mencuba dan mengamalkan bekam sunnah. Bagi yang belum, tahniah diucapkan kerana sudi bertandang ke blog ini. Semoga Allah merahmati usaha kita semua.

Penyakit merupakan ujian Allah untuk menunjukkan kasih sayangNya.Jika tidak diuji, untuk apa kita diberikan kehidupan dunia?  Kita diminta bersabar dalam menempuhinya
dan berusaha mengubati kerana seperti janjiNya tiada satu penyakit pun yang tiada ubat kecuali mati. Peristiwa pada malam isra' dan mikraj seperti dalam hadis sahih membuka peluang kepada kita umat Nabi Muhammad SAW merasai mukjizat bekam atas perintah malaikat yang menyuruh umat Nabi Muhammad supaya berbekam untuk mengubati 72 jenis penyakit. Dari situlah bekam diperkenalkan namun tidak begitu popular kerana dikhuatiri prosedur yang sangat sakit dan melecehkan.

Setelah prosedur ini dimodenkan, barulah dengan perlahan membuka mata masyarakat kemampuan bekam dalam proses penyembuhan penyakit. Sehingga kini, ramai peserta tampil berani mencuba dan merasai sendiri lantas dapat merasai kesan yang cepat dan efektif.

Ada yang telah menjadikan rutin bulanan mereka dan tak kurang juga yang berkongsi pengalaman dengan suami, isteri, keluarga dan sahabat handai. Pendek kata, dalam masa kurang dari 5 tahun lagi, bekam akan dijadikan satu 'lifestyle' warga kota dan luar bandar.

Kesannya dapat mengurangkan kesesakan di hospital-hospital atau berkurangan pengambilan 'mc' oleh para pekerja dalam setahun. Sekaligus dapat meningkatkan produktiviti negara.

Jadi, jangan tunggu lagi dan jangan gusar lagi. Jadikanlah bekam sebagai 'lifestyle'  baru anda selain senaman, urutan, gym dan macam-macam lagi.

Hanya untuk wanita. 100% wanita. Lelaki yang ingin berbekam boleh dapatkan khidmat pembekam lelaki di sini.

Sila hubungi : 0135892589 - Pengurus HBM (temujanji)