Wednesday 10 April 2013

JALANI UJIAN DARAH SEBELUM BEKAM




UJIAN DARAH 

   Umur yang panjang tidak bermakna jika kita tidak sihat. Jangan perjudikan kesihatan anda dan segeralah jalani pemeriksaan kesihatan seperti yang disarankan. Sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri, seharusnya menjalani saringan pemeriksaan. 

   Ujian saringan darah sebaiknya dijalani sebelum berbekam untuk mengetahui tahap kesihatan pesakit. Tujuan utamanya ialah untuk membezakan keadaan kesihatan seseorang melalui ujian darahnya sebelum dan selepas berbekam. Bagi individu sihat, ujian darah boleh mengesan sebarang ketidaknormalan yang tidak disedari dan memberikan pelbagai maklumat penting untuk diagnosis, rawatan dan kaedah pencegahan bagi satu-satu penyakit.


   Ujian darah boleh disaring di makmal-makmal swasta seperti BP Lab, Pathlab dan hospital-hospital swasta. Ujian darah lengkap tidaklah semahal yang disangka, dalam lingkungan RM80 - RM120 sahaja. 


   Ujian darah dilakukan untuk mengetahui kiraan darah keseluruhan, paras glukos, kandungan kolesterol (lipid profile), fungsi hati (liver function test),ginjal (renal function test) dan ujian urin (urin FEME).


   Sebelum anda berbekam, sila bawa sekali keputusan ujian darah anda. Jika dikesan awal, kos rawatan jauh lebih murah. Jangan biarkan kebimbangan ini menjadi penghalang. Anggaplah ia pelaburan yang bermanfaat untuk mengecap kehidupan yang lebih baik.


Di bawah ini disediakan sedikit penerangan tentang ujian-ujian darah penting yang dilakukan di makmal-makmal perubatan.



UJIAN DARAH PERIFERI


Red Cell Indices 
Red Cell Indices memberitahu ketidaknormalan sel darah merah.


Hematokrit (PCV)
Nilai PCV yang rendah mungkin disebabkan oleh anemia, kehilangan darah dan anemia hemolitik. PCV yang tinggi boleh disebabkan oleh polycythaemia atau macrocytosis.


Hemoglobin (Hb)
Hb berperanan mengangkut oksigen memasuki sel. Nilai Hb di bawah paras normal menandakan anemia.


Sel Darah Putih
Sel darah putih berfungsi sebagai sistem pertahanan tubuh terhadap mikroorganisma yang boleh menyebabkan jangkitan. Ia boleh dibahagikan kepada 5 jenis iaitu neutrofil, limfosit, monosit, eosinofil dan basofil.
Kehadiran sel yang abnormal menandakan infeksi kronik. Kehadiran sel-sel yang tak matang (blasts cells) dalam darah periferi dan peningkatan nilai Sel Darah Putih menandakan leukemia.


Platelet 
Platelet berperanan penting dalam mekanisma pembekuan darah bagi mengelakkan kehilangan darah yang berlebihan.


ESR
Erythrocyte Sedimentation Rate (ESR) ialah kadar enapan komponen sel dalam plasma dalam masa satu jam.


PBF (Peripheral Blood Film)
Filem darah nipis yang diwarnakan dengan pewarna tertentu dan diperiksa di bawah mikroskop.


Kumpulan Darah
Dua sistem yang biasa digunakan dalam menentukan kumpulan darah adalah ABO dan Rhesus (Rh). Melalui sistem ABO, kumpulan darah boleh dibahagikan kepada A, B, AB dan O. Taburan bagi setiap kumpulan adalah A (23%), B (23%), AB (5%) dan O (49%). Di bawah sistem Rhesus pula, darah boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu rhesus positif atau rhesus negatif.


URIN (FEME)
Urin atau air kencing dihasilkan dari proses penyaringan darah melalui ginjal. Kandungan urin bergantung kepada keadaan kesihatan dan pemakanan harian seseorang individu.


pH
Individu normal julat pH antara 5.0 hingga 7.0. Faktor yang mempengaruhi pH urin seseorang individu adalah pemakanan harian, tempoh selepas persampelan, infeksi saluran urinari dan ketakseimbangan hormon.


Glukos
Ujian saringan kehadiran glukos dalam urin adalah petanda seseorang individu itu mempunyai penyakit diabetes melitus. Namun demikian, kehadiran glukos dalam urin individu yang normal mungkin berlaku dalam individu yang mempunyai ambang glukos rendah; keadaan yang dikenali sebagai glukosuria.


Keton
Keton adalah hasil sampingan daripada metabolisma lemak dan dikumuhkan dalam urin. Keton hadir dalam pesakit diabetes mellitus kerana sel-sel badan tidak dapat menggunakan glukos sebagai sumber tenaga secara efektif. Keton juga terdapat dalam urin orang berpuasa.


Darah
Kehadiran darah dalam urin, mungkin berpunca dari ginjal, saluran urinari atau pundi kencing. Darah dalam urin dengan kesakitan adalah satu petanda kehadiran batu karang dalam salur urinari. Namun demikian, kehadiran darah dalam perempuan haid biasanya dianggap normal.


Protein
Kandungan protein meningkat dalam individu yang mengalami infeksi saluran urinari, individu yang mempunyai tekanan darah tinggi, diabetes mellitus dan penyakit ginjal.


Specific Graviti (S.G.)
S.G. adalah indikasi daya pemekatan dan perkumuhan ginjal. Individu normal mempunyai julat S.G. antara 1.015 hingga 1.030.


Mikroskopi
Permeriksaan kandungan urin di bawah mikroskop.


Sel Darah Putih 
Hitungan kurang dari 5 dalam satu HPF dianggap normal. Peningkatan SDP dan kehadiran bakteria dalam urin adalah berhubungkait dengan infeksi saluran urinari.
Ujian kultur perlu dilakukan untuk menentukan jenis bakteria dan antibiotik yang perlu diberikan.


Sel Darah Merah
Sel Darah Merah menandakan kehadiran darah dalam urin.


Sel Epithelia
Hitungan lebih dari 10 dalam satu HPF adalah indikasi infeksi saluran urinari.
Casts
Kehadiran cast granular mungkin menandakan kegagalan fungsi ginjal. Cast hialin boleh hadir dalam urin individu normal selepas senaman berat atau individu yang mengamalkan pemakanan diet kaya protein.


Kristal
Kristal urin yang biasa dilihat adalah kristal asid urik dan kalsium oksalat. Kehadiran kristal triple phosphate menandakan kemungkinan besar kehadiran batu karang ginjal.


UJIAN FUNGSI HATI 
Protein (Albumin & Globulin)
Kedua-dua albumin dan globulin berguna untuk mengukur status pemakanan seseorang individu. Kedua-duanya juga berguna untuk mendiagnosis penyakit hati, gastrointestinal dan ginjal (buah pinggang), ketaknormalan protein, kanser dan kegagalan fungsi sel darah.


Bilirubin
Peningkatan aras bilirubin dalam serum boleh berpunca dari kegagalan fungsi hati, obstruksi salur hempedu atau penyakit sel darah merah. Manifestasi klinikal ialah penyakit kuning.


SGOT/AST/Aspartate Aminotransferase
Enzim akan dibebaskan ke dalam peredaran darah apabila sel tercedera dan aras akan meningkat mengikut tahap kecederaan pada sel.


SGPT/ALT/Alanine Aminotransferase
Ianya selalu digunakan bersama SGOT bagi mengukur fungsi hati dan mendiagnos penyakit yang berkaitan dengan kegagalan fungsi hati.


SAP/Alkaline Phosphatase
Paras ALP yang tinggi ditemui pada kanak-kanak, penyakit hati, obstruksi salur hempedu dan penyakit tulang.


UJIAN FUNGSI GINJAL (RENAL FUNCTION TEST)


Elektrolit
Elektrolit merupakan komponen yang penting dalam cecair badan dan keseimbangannya membolehkan berbagai sel dan organ berfungsi secara normal.


Urea
Urea merupakan hasil akhir metabolisma protein dan asid amino. Ia mengukur fungsi ginjal dan hidrasi. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh digunakan secara bersendirian dalam penentuan fungsi ginjal (hanya untuk ujian penyaringan sahaja).


Kreatinin
Kreatinin selalunya diukur bersama-sama urea untuk menentukan fungsi ginjal.


Asid Urik
Gout merupakan sindrom klinikal bagi pesakit yang mempunyai asid urik yang tinggi dalam darah dan pengenapan kristal urate pada tisu lembut; terutamanya pada sendi mengakibatkan respons inflamasi.
Parasnya dalam darah juga dipengaruhi oleh jumlah asid urik yang dihasilkan dan kecekapan eksresi ginjal.


LIPID PROFILE

Aras kolesterol darah memberikan indikasi risiko mendapat penyakit kardiovaskular dan juga berguna untuk menilai fungsi hati dan tiroid.Kolesterol
Peningkatannya boleh mengakibatkan penimbunan pada dinding salur darah menyebabkan penyempitan dan seterusnya penyumbatan saluran darah (arhterosclerosis).


HDL-Kolesterol
Ianya dikenali juga sebagai kolesterol yang baik (good cholesterol). Ianya berfungsi sebagai pengangkut bagi mengeluarkan kolesterol yang berlebihan dari sel. Nilainya boleh ditingkatkan dengan melakukan senaman harian.


LDL-Kolesterol
Ianya juga dikenali sebagai kolesterol yang tak baik (bad cholesterol). Kolesterol yang berlebihan akan diangkut oleh LDL ke dinding arteri; mengakibatkan artherosclerosis.


Trigliseride
Trigliseride merupakan asid lemak yang ditemui dalam aliran darah. Aras yang tinggi boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.


Glukos (Kandungan gula darah)
Ia biasa digunakan untuk mendiagnos penyakit kencing manis (diabetes mellitus) atau bagi menilai tahap pengawalan glukos. Perubahan arasnya dalam darah bergantung kepada aktiviti individu dan juga jangkamasa selepas makan. Individu dengan keputusan ujian glukos darah dalam keadaan puasa yang menghampiri nilai yang ditetapkan dikehendaki melakukan ujian
Glucose Tolerance Test (GTT) untuk menentukan diagnosis penyakit kencing manis.

Monday 8 April 2013

DIAGNOSIS PENYAKIT MELALUI TANDA SELEPAS BEKAM

Kulit melepuh selepas dibekam kerana kandungan asid yang begitu tinggi 


Diagnosa bekam dapat dilihat dari warna pigmen kulit setelah pembekaman. Di dalam buku “Canon of Internal Medicine” dikatakan, “Keadaan organ internal (organ dalam) dapat diketahui dengan cara mengobservasi (mengamati) gejala-gejala eksternal dan tanda-tanda fizik, sehingga penyakit dapat diagnosa.”

Reaksi pigmen pada kulit bekas bekam adalah sebagai berikut :


Tindakbalas kulit selepas dibekam mengikut keadaan tubuh dalaman pesakit


1. Bekas bekam yang muncul berwarna ungu kegelapan atau hitam, pada kebiasaannya hal  ini menandakan (kekurangan) saluran pembekal darah dan saluran (pembuluh) darah yang tidak lancar yang disertai dan terdapatnya darah beku.

2. Bekas bekam yang muncul berwarna ungu disertai plaque (berbintik-bintik), pada kebiasaannya ia menandakan terjadinya gangguan/ kelainan gumpalan darah yang berwarna keunguan dan adanya darah beku.

3. Bekas bekam yang muncul berbentuk bintik-bintik ungu yang tersebar dengan warna yang berbeza (gelap/pekat dan ada yang ungu muda). Hal ini menandakan kelainan “Qi” dan aliran darah kurang lancar.

4. Bekas bekam yang muncul berwarna merah cerah, biasanya menunjukkan terjadinya kekurangan “Yin”, kekurangan “Qi” dan darah atau rasa panas yang dahsyat yang ditunjukkan oleh kekurangan “Yin”.

5. Bekas bekam yang muncul berwarna merah gelap, menandakan keadaan asid dan lemak di dalam darah yang tinggi disertai dengan panas.

6. Bekas bekam yang muncul berwarna agak pucat/putih dan tidak hangat ketika disentuh, menandakan terjadinya defisiensi cold (dingin) dan adanya angin.

7. Adanya garis-garis pecah/ruam pada permukaan bekas bekam dan rasa sedikit gatal, ia menandakan keadaan adanya gangguan gas (angin).

8. Munculnya wap air pada dinding bahagian dalam gelas bekam, menandakan keadaan adanya gas-gas patogen pada kawasan tersebut.

9. Adanya blister (lepuhan/lecat) pada bekas bekam, menggambarkan keadaan gangguan gas yang parah pada tubuh. Adanya darah tipis pada blister merupakan reaksi gas panas toksin.

Monday 1 April 2013

BEKAM DI SAUJANA IMPIAN

Tarikh : 31 Mac 2013
Tempat : Saujana Impian, Kajang
Pengalaman : Kali Pertama
Sejarah : Pernah menjalani pembedahan slip disk

Bekam di bahagian belakang untuk kali pertama
Bekam di bahagian belakang gabungan titik akupuntur. Bekas berkabus menandakan bekam juga menarik angin dari dalam badan.

Untuk pertama kali, darah tidak begitu banyak kerana beliau pernah menderma darah tahun lepas

Jerawat menandakan aliran darah kurang lancar , perlu ulangan


BEKAM UNTUK PENYEMBUHAN DARAH TINGGI, JANTUNG, STROKE, DIABETES DAN LAIN-LAIN

Darah kotor yang baru dikeluarkan dari tubuh pesakit kelihatan bewarna kehitaman

Bekam adalah pengubatan biasa yang dilakukan oleh Rasulullah. Biasanya dilakukan sebulan sekali. Bekam dilakukan dengan cara mengeluarkan darah kotor yang mengandungi kolesterol, urid asid, virus, racun dan sebagainya dari tubuh. Darah biasanya kental dengan warna merah kehitaman. Darah ini berpotensi menggumpal dan menyumbat saluran darah yang menimbulkan hipertensi, stroke dan serangan jantung. Banyak jantung dan virus penyakit boleh dikesan seperti kolesterol, urid acid, gula dan sebagainya. Pendek kata, bekam adalah proses detoksifikasi alami yang tidak perlu menggunakan ubat, darah kotor dibuang dan diganti dengan darah baru dan akan bertambah segar dalam masa tiga hari.

Bekam sangat efektif untuk melamcarkan peredarah darah, menurunkan tekanan darah, serta menyembuhkan penyakit stroke dan mencegah serangan jantung. Selain itu, beberapa penghidap diabetes telah turun kadar gula darahnya.

Ramai orang skeptikal dengan bekam antaranya ialah takutkan proses pembekaman ini sangat sakit. Sebenarnya tidak sama sekali. Dengan kaedah yang sudah dimodenkan, kini bekam menggunakan jarum yang sangat kecil, sekitar tidak melebihi 0.5mm. Kedalamannya semasa ditusuk sekata kerana sudah dimasukkan ke dalam lancet khas seperti pen. Pada mereka yang sudah biasa diambil darah dari hospital atau makmal dengan jarum suntikan yang besar atau jarum infusi yang lagi berhari-hari di kulit, bekam tidak akan menjadi isu besar buat mereka.