Nampak tak tanda bekam di dahi dan pipi saya dalam gambar bersama Jihan dan Nabil tu? Agak jelaskan?
Pada 31 Ogos 2013 lepas, saya menghadiri satu open house raya di rumah seorang kenalan atas kenalan. Pada hari itu beliau telah menjemput Nabil Rajalawak sebagai m.c majlis beliau. Kebetulan semalamnya, saya telah berbekam di muka iaitu di dahi, pipi kanan dan kiri. Kesannya agak ketara kerana baru hari pertama dibekam.
Pada mulanya segan juga sebab Nabil ni kecoh juga orangnya. Kalau dia tegur depan-depan malu juga. Mungkin juga dia tak tahu apa itu bekam.
Namun setelah berjumpa dan bersembang dengan dia, dia menegur saya, "Berbekam ye? " Saya dengan pantas menjawab ya. Kemudian dia bertanya lagi mengapa bekam di muka. Saya menerangkan kepada beliau dan Jehan bahawa berbekam muka adalah untuk mengurangkan resdung.
Beliau mengiyakan penerangan saya dan dia juga mengalami alahan resdung. Mungkin beliau akan berbekam lepas ini. Menurut sumber dari kawan saya, bapanya seorang jurubekam juga.
Jadi kepada sesiapa yang berasa segan tanda-tanda selepas bekam di muka, tak perlulah rasanya berasa malu. Orang dah tahu keistimewaan bekam, bukannya mereka kata kena tumbuk atau bergaduhkan?
Selepas berbekam, hilang segala alahan dan boleh makan makanan laut seperti biasa. Jerawat pun segan nak tumbuh. Tapi kena maintain bekam sebulan sekali!
No comments:
Post a Comment