Saturday, 21 September 2013

KITA DAN GOUT


Salam bahagia warga HBM ( Hidayah Bekam Muslimah )

Semoga ceria di pagi Ahad sentiasa. 
Sudah bersarapankah? 
Ada yang membawa keluarga bersiar-siar hari ini?

Kami dari HBM ingin berkongsi serba-sedikit maklumat tentang penyakit gout yang sering menyerang atok, opah, abah, mak, abang-abang, dan pakcik-pakcik kita.

Gout memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

Gout mula dikenalpasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout. Tetapi jika seseorang itu mengalami aras asid urik yang tinggi tidak semestinya seseorang itu akan mengidap penyakit gout.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.

Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

Bila sepatutnya mendapatkan rawatan? Sepatutnya apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.

Menurut sumber pakar perubatan, asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendap dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.

Akibat dari kegagalan inilah, maka inilah peranan bekam darah. Mendakan asid urik yang terkumpul di sendi, buah pinggang dan kulit perlulah dikeluarkan segera melalui pembuangan darah melalui proses bekam darah. Sedikit sebanyak ia membantu mengeluarkan asid urik yang termendap dalam darah yang mengganggu proses normal badan kita.

Berbekamlah sekarang dan bantu tubuh kita singkirkan asid urik yang berlebihan sebelum ia merosakkan sendi-sendi kita!

Salam sayang,

Admin HBM
013-589 2 589

No comments:

Post a Comment