Thursday, 19 September 2013

DARAH GOUT?


Contoh darah bekam yang berbuih dikatakan oleh ahli-ahli bekam mengandungi asid urik yang tinggi untuk menyebabkan gout. Sejauh mana kebenarannya? Bolehkah dihantarkan sampel darah ini ke makmal kesihatan untuk mengukuhkan bukti yang ada? Sudah ramai pesakit yang telah dibekam oleh pihak kami, namun hanya pesakit yang mempunyai sejarah atau penghidap penyakit gout yang mengeluarkan darah sebegini rupa. Kebanyakan darah seumpama ini dikeluarkan di kawasan yang berhampiran dengan sendi-sendi.

Gambar ehsan : sistemannisaonline.blogspot.com

KEPALA DIBEKAM!

Darah bermasalah di kepala

Darah ini adalah hasil bekam di tengah-tengah kepala yang juga disebut puncak kepala. Salah satu 'favourite point' Rasulullah. Darah kelihatan berketul-ketul, likat dan agak berwarna merah gelap. Banyak uban kelihatan di point ini sungguh pun umur masih muda, menandakan aliran darah yang kurang baik di situ. Ini yang membuatkan nutrien tidak dapat disalurkan dengan baik. 
Ini juga yang sering terjadi di bahagian-bahagian lain. Bahagian lain yang sangat-sangat perlu dijaga ialah bahagian point jantung, paru-paru, hati, perut, buah pinggang dan hempedu. 

Mencegah lagi baik dari merawat kan? Ayuh, bertindaklah sekarang sebelum terlewat.

Wednesday, 18 September 2013

KEKOSONGAN SLOT PADA HARI SABTU 21/9/2013

Pakej bekam muslimah - RM100 untuk 10 poin asas ( percuma 1 poin, dan percuma urutan badan minyak zaitun (30minit) yang menyegarkan.) Terdapat kekosongan slot pada hujung minggu ini pada hari Sabtu 21/09/2013. Sila buat temujanji awal bagi mengelakkan pertindihan jadual.

Wednesday, 11 September 2013

CARPAL TUNNEL SYNDROM, KOMPUTER DAN WANITA..!


Baru-baru ini ramai pesakit bekam saya yang ingin dibekam di tangan kerana mengadu sejenis penyakit kebas dan nyeri di pergelangan tangan mereka. Kebanyakan yang mengadu adalah wanita dan mereka yang selalu menggunakan keyboard dan mouse.

Penyakit ini disebut Carpal Tunnel Sydrome (CTS) dari segi istilah perubatan moden. Ia disebabkan oleh terganggunya saraf tengah kerana tekanan yang terjadi akibat kerja yang berlebihan dari pergelangan tangan yang boleh melemahkan otot-otot dan mengecutkan saraf dan salur darah di kawasan tersebut.


Untuk jangka panjang, penyakit ini boleh menyebabkan kelumpuhan pada tangan. Wanita adalah 3 kali ganda lebih risiko daripada lelaki.


Gejala CTS ini seperti rasa kebas dan parathesia (seakan-akan terbakar dan bergetar) di ibu jari, jari telunjuk, jari tengah atau tapak tangan. Juga susah menggenggam tangan dan sering terjatuhkan barang yang dipegang.


Jadi, melalui bekam darah sedikit sebanyak telah membantu para pesakit CTS ini menjaga tahap peredaran darah mereka di pergelangan tangan untuk mengurangkan kesakitan yang mereka alami. Jadi, pembedahan boleh ditangguhkan atau tidak perlu sama sekali.



Tips menggunakan mouse komputer yang benar


1. Mouse Grip
Pilihlah mouse yang selesa untuk di pegang, di mana seluruh permukaan tangan kita dapat memegang, bersandar dan kita menggerakanya pun lebih mudah.

2. Pergerakan Mouse dari siku
Memang kalau diterapkan ini sangat susah untuk kita tapi menggerakkan mouse dengan menggunakan siku adalah baik untuk kita, dimana semua pergerakan di titik tumpukan melalui siku tangan kita, ini akan meringankan pergelangan tangan kita dalam bekerja.

3. Posisi Mouse yang optimal
Aturlah tempat duduk anda seselesa mungkin untuk memegang mouse, bentuk posisi yangbetu adalah tangan kita sejajar atau sedikit berada di atas meja posisinya dari mouse sehingga dengan begitu kita tidak menggantung tangan kita dengan meja dan menghindari tangan kita untuk menekuk secara terus menerus.

4. Jaga pergelangan tangan anda
Cuba anda letakkan pergelangan tangan ada di sebuah meja yang datar, anda akan melihat setelah bahagian telapak tangan anda di bahagian pergelangan tangan akan bertemu sebuah lekukan kecil yang tembus cahaya ataupun anda boleh selitkan sebuah pensil di situ, ini menyatakan bahwa kawasan sekitar pergelangan tangan anda memerlukan sebuah kawasan yang bebas dari sentuhan ataupun tekanan.

5. Jaga sirkulasi peredaran darah
Hal ini perlu diperhatikan juga, segala sesuatu penyakit kebanyakan disebabkan karna sirkulasi di dalam tubuh kita kurang lancar, untuk itu kita harus selalu menjaganya dengan minum air yang banyak dan olah raga (badminton, bola basket dan olah raga yang lebih banyak menggerakkan pergelangan tangan) tentunya, seperti yang kita ketahui kita banyak nadi nadi utama yang bergerak dari pergelangan tangan sehingga ini menjadi semakin penting.

6. Jangan pakai sandaran pergelangan tangan
Menggunakan sandaran untuk pergelangan tangan anda, apalagi yang keras, sama saja ertinya anda memberi tekanan 2x lipat pada carpal tunnel di dalam pergelangan tangan anda sehingga ini menyebabkan terjadi penyempitan pada bagian pembuluh pembuluh darah maupun saraf hingga dengan adanya ini boleh mempercepat anda terkena carpal tunnel syndrome (CTS).

7. Hindari pergerakan tangan yang tidak bebas
Biasanya kerusi yang terdapat rest arm nya memiliki karakteristik untuk mengunci tangan kita, sehingga hal ini menyebabkan kita akan lebih sering menggunakan pergelangan tangan kita untuk menggerakkan mouse.

8. Refleksi
Menggunakan mouse dan pc secara intens memang bukanlah hal yang baik tapi ada baiknya jika anda melatih agar anda dapat memberi istirahat untuk tangan anda sekitar 2 minit untuk melakukan streching untuk tidak menyentuh mouse.

9. Bentuk mouse
Carilah mouse yang hampir berbentuk flat dan memiliki ukuran yang hampir sama dengan tangan kita kerana mouse ini lebih memacu anda untuk menggerakkan tangan anda daripada pergelangan tangan anda.

Demikianlah ulasan tentang penyakit CTS (
Carpal tunnel syndrome), semoga kita semua terhindar dari penyakit ini.



Wednesday, 4 September 2013

RAHSIA SIHAT RASULULLAH DIBONGKAR!

Bekam Sunnah Muslimah

Manfaat Bekam 

1. Mengeluarkan darah kotor dari bawah kulit.
2. Melancarkan peredaran darah.
3. Mengeluarkan angin berlebihan dari badan.
4. Merangsang sistem badan bekerja dengan lebih efektif.
5. Mencergaskan badan dan mencerdaskan minda.
6. Mengurangkan perasaan stress, panas baran dan tekanan kerja harian.
7. Meredakan sengal-sengal badan dengan segera.
8. Mengurangkan serangan migrain, sakit kepala dan resdung.
9. Mengeluarkan toksik, kolesterol dan asid urik yang berlebihan dari darah.
10. Awet muda dan kekal langsing.
11. Mengurangkan rabun mata.
12. Menyembuhkan 72 jenis penyakit dengan izinNya.



Keistimewaan berbekam bersama Hidayah Bekam Muslimah

1. Kami berkunjung ke rumah anda, maka lebih selesa dan tak perlu keluar meredah jem.
2. Masa diperlukan 1 jam sahaja.
3. Urutan minyak zaitun pada permulaan yang menyegarkan anda.
4. Mematuhi prosedur keselamatan yang menjadi amalan hospital,makmal dan klinik. 
5. Bersih, hygenic, tidak berparut, dan tidak/kurang menyakitkan. 

Hanya aturkan temujanji. 

013 - 589 2 589

Saturday, 15 June 2013

BEKAM UNTUK LENGUH-LENGUH TANGAN


Darah kotor dari permukaan kulit lengan tangan yang lenguh. :) 

BEKAM UNTUK JERAWAT DI MUKA


Malam kelmarin, saya telah dibekam pada bahagian muka berikutan resdung yang kembali menular akibat pemakanan yang tidak teratur. Hasilnya inilah darah kotor yang keluar dari pipi kanan saya sebanyak 2 kali hisapan. Nampak banyak kerana tidak dibekam hampir 8 bulan. Seeloknya dilakukan sebulan sekali. 

Pada sebelah petangnya, selepas memakan sotong bakar, mata saya menjadi merah bagai mata Man Of Steel ketika marah dan penglihatan menjadi kabur menandakan tahap resdung yang agak kronik. Di samping tumbuhnya jerawat yang besar-besar di atas pipi serta gatal-gatal di bahagian muka. 

Selepas dibekam, mata merah berkurangan dan muka dirasakan agak segar dan ringan. Tanda-tanda bekas bekam tidak terlalu menyerlah dan boleh dikurangkan dengan meletakkan ais. Jadi tanda bekam di muka tidak menjadi masalah untuk keluar rumah dan ke tempat kerja.