Malam kelmarin, saya telah dibekam pada bahagian muka berikutan resdung yang kembali menular akibat pemakanan yang tidak teratur. Hasilnya inilah darah kotor yang keluar dari pipi kanan saya sebanyak 2 kali hisapan. Nampak banyak kerana tidak dibekam hampir 8 bulan. Seeloknya dilakukan sebulan sekali.
Pada sebelah petangnya, selepas memakan sotong bakar, mata saya menjadi merah bagai mata Man Of Steel ketika marah dan penglihatan menjadi kabur menandakan tahap resdung yang agak kronik. Di samping tumbuhnya jerawat yang besar-besar di atas pipi serta gatal-gatal di bahagian muka.
Selepas dibekam, mata merah berkurangan dan muka dirasakan agak segar dan ringan. Tanda-tanda bekas bekam tidak terlalu menyerlah dan boleh dikurangkan dengan meletakkan ais. Jadi tanda bekam di muka tidak menjadi masalah untuk keluar rumah dan ke tempat kerja.
No comments:
Post a Comment