Tahniah kepada individu yang berani mencuba perubatan gaya Rasulullah. Ramai orang takut. Macam-macam yang ditakuti. Antaranya takut sakit, takut jarum, takut tengok darah, takut darah habis, takut jurubekam tiada tauliah, takut jangkitan kuman, takut bekas tak steril, takut penyakit lain datang dan sebagainya. Memang ada baiknya berwaspada tetapi sebaiknya siasat dahulu sehingga kita benar-benar yakin. Berbekam ini sunnah malah resipi tinggalan Rasulullah yang seumpama intan berlian untuk kita amalkan dan sebarkan kebaikannya. Kesihatan itu sangat sangat mahal. Tak mampu dibeli jika ia sudah tiada. Sebelum kesihatan itu pergi, jagalah ia sebaiknya. Tak rugi berbekam, insya Allah akan diberkatiNya. Allah akan sentiasa melindungi jurubekam dan orang yang dibekamnya dari pelbagai kemudaratan. Jadi mengapa perlu risau? Tawakal hanya kepada Allah.
Salam kasih,
Admin
No comments:
Post a Comment