Tuesday, 15 April 2014

KENAPA PERLU BEKAM?

MANFAAT BEKAM DARAH


Manfaat Terapi Bekam Darah Sunnah




  1. Mengeluarkan timbunan lemak dan kolesterol, darah-darah berasid dan beracun yang terperangkap dari celah-celah lapisan kulit. 
  2. Membantu mengurangkan pening dan migrain kerana aliran darah lancar di kawasan kepala.
  3. Membantu membuang angin dalam badan, dan melegakan sistem perkumuhan.
  4. Membantu meringankan tubuh kerana aliran yang tersumbat dan kurang lancar menyebabkan badan menjadi berat dan lesu.
  5. Membantu mengurangkan kebas kaki dan tangan serta lenguh-lenguh.
  6. Membantu menajamkan penglihatan kerana peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan kabur.

HBM & SERAI WANGI SPA

Assalamualaikum wbt

Salam sayang semua...

Hidayah Bekam Muslimah telah ber'joint venture' dengan Serai Wangi Spa beralamat di :-

3-4, Desa Mentari,
Jalan PJS 6/5F, 41500,
Petaling Jaya,
Selangor

Maka, para pelanggan yang ingin berbekam di spa, sebelumnya anda boleh buat facial, rendaman kaki, sauna bilik kayu atau mandi susu di sana untuk kesegaran badan. 

Namun, pakej untuk bekam berbeza sedikit kerana di spa kami menyediakan ruangan yang lebih selesa dan menyegarkan. Anda hanya perlu bawa diri sahaja. Harga pakej bekam untuk di spa ialah RM150 sahaja. 

Di bawah ini dipamerkan sudut-sudut yang indah buat tatapan pengunjung. 





Cantik bukan? Okay, ada masa silalah berkunjung ke mari ya! 




Terima kasih.

Admin
013-5892589

TITIK SUNNAH 14 DIPERKENALKAN PADA APRIL 2014

Assalamualaikum wbt

Salam bahagia buat semua..


Bermula April 2014, Hidayah Bekam Muslimah telah memperkenalkan harga baru bekam ke rumah selepas perbincangan penyelarasan harga iaitu dari RM99 sahaja untuk 14 cawan. Harga asal RM120 untuk 22 titik, berkemungkinan titik-titik berlebihan ini tidak perlu dibekam.

Maka, selepas bermuzakarah, titik sunnah 14 diperkenalkan dan diperluaskan sebagai titik cadangan untuk para pelanggan baru dan lama. Titik ini juga lebih kurang sama dengan titik akupuntur. Titik-titik ini penting untuk tubuh kita.

Titik sunnah 14 yang dicadangkan seperti berikut :-



Ini adalah cadangan sahaja untuk para pelanggan. Tidak ada paksaan. Keutamaan titik-titik ini jika dilakukan, insya Allah berkaitan dengan semua organ. Boleh juga ditambah di tempat-tempat yang bermasalah secara percuma. Ikut selera pelanggan.

P/s: Jika lebih 30km dari KL dan Lembah Klang, caj tambahan diperlukan.

Terima kasih.

Sekian.

Admin.

Thursday, 6 February 2014

BEKAM SEBAGAI 'LIFESTYLE' MASA KINI

Assalam pembaca dan pengunjung blog HBM,

Semoga semakin sihat dan bertenaga bagi yang sudah mencuba dan mengamalkan bekam sunnah. Bagi yang belum, tahniah diucapkan kerana sudi bertandang ke blog ini. Semoga Allah merahmati usaha kita semua.

Penyakit merupakan ujian Allah untuk menunjukkan kasih sayangNya.Jika tidak diuji, untuk apa kita diberikan kehidupan dunia?  Kita diminta bersabar dalam menempuhinya
dan berusaha mengubati kerana seperti janjiNya tiada satu penyakit pun yang tiada ubat kecuali mati. Peristiwa pada malam isra' dan mikraj seperti dalam hadis sahih membuka peluang kepada kita umat Nabi Muhammad SAW merasai mukjizat bekam atas perintah malaikat yang menyuruh umat Nabi Muhammad supaya berbekam untuk mengubati 72 jenis penyakit. Dari situlah bekam diperkenalkan namun tidak begitu popular kerana dikhuatiri prosedur yang sangat sakit dan melecehkan.

Setelah prosedur ini dimodenkan, barulah dengan perlahan membuka mata masyarakat kemampuan bekam dalam proses penyembuhan penyakit. Sehingga kini, ramai peserta tampil berani mencuba dan merasai sendiri lantas dapat merasai kesan yang cepat dan efektif.

Ada yang telah menjadikan rutin bulanan mereka dan tak kurang juga yang berkongsi pengalaman dengan suami, isteri, keluarga dan sahabat handai. Pendek kata, dalam masa kurang dari 5 tahun lagi, bekam akan dijadikan satu 'lifestyle' warga kota dan luar bandar.

Kesannya dapat mengurangkan kesesakan di hospital-hospital atau berkurangan pengambilan 'mc' oleh para pekerja dalam setahun. Sekaligus dapat meningkatkan produktiviti negara.

Jadi, jangan tunggu lagi dan jangan gusar lagi. Jadikanlah bekam sebagai 'lifestyle'  baru anda selain senaman, urutan, gym dan macam-macam lagi.

Hanya untuk wanita. 100% wanita. Lelaki yang ingin berbekam boleh dapatkan khidmat pembekam lelaki di sini.

Sila hubungi : 0135892589 - Pengurus HBM (temujanji)




Thursday, 2 January 2014

SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN 2014

Kami di Hidayah Bekam Muslimah mengucapkan selamat tahun baru 2014 dengan harapan tahun yang mendatang ini lebih ramai muslimah mengetahui mukjizat bekam sunnah ini dan lebih ramai mengamalkannya supaya kesihatan para muslimah sekalian terpelihara. Semoga negara kita aman dari segala persengketaan. Amiin.

Tuesday, 24 December 2013

MINUM PATI DELIMA UNTUK KEBERSIHAN DALAMAN


PERKONGSIAN RAHSIA PATI DELIMA KEPADA YANG MASIH BELUM MENGETAHUI.

ANTARA KHASIAT-KHASIAT :-

MENSTABILKAN PARAS KOLESTEROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.


DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN 

YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.


MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.


MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.


MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.


MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”


MENGHALANG KEMASUKAN
VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.


MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.


DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.


MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.


MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.


MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.


MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH
IBU-IBU HAMIL
~Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
~menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
~menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
~kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik


MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

LAGI KHASIAT DELIMA
~Melawan penyakit gout
~mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
~merawat 'sinus'
~meningkatkan tenaga
~menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
~Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
~menormalkan fungsi hati
~menstabilkan peredaran darah
~merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
~mencuci darah kotor


RAHSIA WANITA MENGAMALKAN PATI DELIMA

1. Menegangkan payudara
2. Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
3. Mencerahkan kulit
4. Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
5. Membuang lemak berlebihan terutama di perut
6. Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
7. Merawat dan mencegah kanser rahim
8. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
9. Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
10. Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse - sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang.
11. Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj.
12. Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
13. Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)

Thursday, 28 November 2013

BEKAM UNTUK WANITA

Assalamualaikum pembaca semua,

Terima kasih dan tahniah kerana sampai ke blog ini. Semoga para pembaca di dalam lindungan Allah dan dijauhi dari sebarang kemudaratan. Sudah tiba masanya 2013 berakhir dan akan menerima kunjungan 2014.

Bagaimana dengan kesihatan para pembaca sekalian? Sudahkan anda berbekam? Sudahkah anda mengamalkan perubatan ini sebulan sekali? Jika jawapan kedua-duanya ya, tahniah sekali lagi. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati para pembaca semua untuk menjaga amanahNya dengan baik. Jika masih belum atau ragu-ragu, mintalah petunjuk dariNya. Masih belum terlewat untuk memulakan sesuatu kebajikan.

Sepanjang tahun ini, HBM telah memberi perkhidmatan bekam kepada pelanggan lebih puluhan malah mencecah ratusan orang sepanjang ia dijalankan selama hampir 2 tahun. Alhamdulillah, ramai yang telah berbesar hati dan seronok dengan keajaiban bekam sunnah ini selepas mencuba walaupun hanya kali pertama! Badan ringan dan jarang sekali mengambil cuti sakit.

Banyak testimoni dari para pelanggan kami, sejak itu ia menjadi iklan dari mulut ke mulut. Dari yang tidak pernah tahu langsung, dan sekarang terus menjadi duta kami.

Akhir kata, jadikanlah bekam ini sebagai amalan yang berterusan. Mungkin ini juga salah satu usaha kita untuk menjaga kesihatan selain pengambilan ubat dan pembedahan.

Hubungi kami di talian 013-5892589 untuk temujanji. Kami akan ke rumah anda!

Salam hormat,
Hidayah
Pengurus Hidayah Bekam Muslimah (HBM)
Ampang.