Monday, 28 November 2016

TARIKH SUNNAH DISEMBER 2016

Assalamualaikum

Bekamedina masih lagi aktif beroperasi rumah ke rumah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Harga masih dikekalkan dengan harga lama. Jurubekam suami isteri bertugas untuk lelaki dan perempuan.

RM100 per sessi tidak termasuk transport.

Tarikh sunnah pada bulan Disember adalah pada tarikh 17,19&21 Disember 2016.

Untuk membuat tempahan rawatan, boleh hubungi :

Arif  018-2485674 @ Hidayah  018-2478628 (WHATSAPPS)

Terima kasih.


Friday, 13 May 2016

JV TERBARU BERSAMA SMART INTERGRATED THERAPY SHAH ALAM

Salam bahagia,

Mulai 10 Mei 2016, pihak Bekamedina telah bersetuju untuk menjalankan projek bekam di Smart INTERGRATED Therapy di Shah Alam.

Jadi, orang ramai yang tinggal berhampiran Shah Alam, Klang, Subang Jaya, Setia Alam, Bukit Raja, dan Puchong bolehlah berkunjung ke Pusat Terapi ini pada hari Isnin @ Selasa.

Smart Intergrated Therapy ialah sebuah pusat terapi fisio yang telah lama beroperasi di lokasi sekitar Giant Shah Alam. Untuk ke sana, highway yang mudah ialah Lebuhraya Persekutuan atau NKVE.

Orang ramai boleh membuat temujanji awal untuk kelancaran sessi terapi.  Terapi bekam adalah untuk lelaki dan wanita.

Boleh hubungi :

Hidayah - 012-3562589






Sunday, 17 April 2016

TERUSKAN USAHA BERBEKAM - PERKHIDMATAN KE RUMAH ANDA

19 April 2016

Assalamualaikum, kini Bekamedina telah menjangkau tahun ke 4. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Ramai yang telah buka mata dengan keberkesanan kaedah Rasulullah yang unik ini.

Sehingga ke hari ini, Bekamedina telah mempunyai 5 ahli terapi terlatih untuk keperluan pelanggan.
Bulan ini sahaja, bilangan pelanggan telah meningkat sehingga lebih 50 pelanggan sebulan. Pengiklanan yang berkesan melalui mulut ke mulut dengan testimoni yang baik.

Oleh itu, saya menyeru agar lebih ramai lagi pelanggan berkongsi tentang kebaikan berbekam ini kepada kenalan mereka supaya ada yang tidak terlepas pandang dan peluang menghindari penyakit kronik masa kini yang kian meruncing.

Di Bekamedina, kami menyediakan perkhidmatan yang sangat dipercayai dengan kebersihan peralatan dan juga layanan terbaik. Kami juga menyediakan reminder bulanan berbekam yang mengikut tarikh sunnah melalui perkhidmatan whatsapp.

Ayuh, gapai peluang ini dan hubungi kami segera untuk temujanji.

Jurubekam lelaki - Hariz (018-248 5674)
Jurubekam wanita 1 - Hidayah (012-356 2589)
Jurubekam wanita 2 - Nisya (013-423 2005)

Pengurus.

Wednesday, 3 February 2016

Khidmat Bekam Wanita Dan Lelaki Di Kuala Lumpur Dan Lembah Klang

Assalam para pelanggan yang sangat dihormati:

Pakej bekam di Bekamedina.com masih lagi tetap dengan harga asal setiap sessi walaupun sudah tahun ke 4 beroperasi.

Hanya RM100. (Ikut masalah pesakit)
Servis ke rumah.
Transport : RM50 (Luar KL)
Hubungi nombor tertera untuk pertanyaan dan temujanji.

Jurubekam wanita : Hidayah : 012-3562589
Jurubekam lelaki.  : Hariz.     : 018-2485674

* Tahun Baru Cina akan bercuti dari 5 Februari 2016- 8 Februari 2016.

Yang merindui:

Siti Zuraimy
Tauke Bekam
4/2/2016

Wednesday, 26 August 2015

Q & A BEKAM PALING POPULAR DI KALANGAN MASYARAKAT

✔APA BAGUSNYA BUAT BEKAM NI? 

Hanya Dengan Bekam Sahaja Darah Kotor, Urik Asid, Kolestrol, Kandungan Logam Yang Tinggi & Sel Darah Merah Yang Rosak Dapat Dikeluarkan.. Selain Ia Juga Membantu Mengeluarkan Angin Berlebihan (Gas Patogen) & Toksin Didalam Badan Yang Menjadi Punca Penyakit2 Kronik Seperti Gout, Kencing Manis, Darah Tinggi, Migrain, Ekzema, Lemah Tenaga Zahir & Batin..

✔SELAMAT TAK BEKAM NIE ?
Kami Adalah Pakar Dalam Melakukan Bekam Kerana Kami Berguru & Mempelajari Teknik Bekam Yang Betul Dari Professor Yang Bertauliah Di USM Kubang Kerian.. Mempunyai Pengalaman 3 Tahun Dalam Terapi Bekam Di Malaysia..

✔DARAH BANYAK.. BERSIH TAK BEKAM NI ?

Jurubekam (Lelaki & Wanita) Sentiasa Memakai "Disposable Glove & Mask" Untuk Memastikan Tiada Sentuhan Secara Terus Kepada Darah & Kulit Pelanggan2 Kami..

✔PERALATAN NI YANG MURAH ATAU MAHAL ?
Peralatan Kami Adalah Berkualiti Tinggi Dan Diimport Terus Dari Korea.. Tahan Lasak & Tahan Panas Untuk Proses Steril Yang Ketat..

✔SAKIT TAK BEKAM ? RAMAI CAKAP SAKIT..
Proses Terapi Bekam Yang Kami Tawarkan Adalah Tidak Menyakitkan Kerana Kami Menggunakan Pen Lancet (Jarum Lancet Pakai Buang) Yang Berteknologi Tinggi Serta Sangat Pantas Dalam Membuat Sayatan Seakan2 Pisau.. Pasti Selamat Kerana Tidak Akan Ada Penggunaan Semula (Jarum Lancet) Untuk Pelanggan Seterusnya..
✔DARAH TU DIBERSIHKAN MACAM MANA ?
Kami Melakukan Proses Membersih Darah Dari Point Bekam Secara Berperingkat.. Ianya Bagi Memastikan Darah Dikeluarkan Secara Maksimum & Tidak Mencederakan Kulit Pelanggan Kami.. Setiap Point Bekam Yang Telah Dibersihkan Akan Dicuci Dengan "Alkohol Swab 70%" Untuk Membasmi Kuman Pada Kulit..
✔BUAT BEKAM DEPAN ORANG LAIN KE ?
Kami Pergi Ke Rumah Anda Yang Nyaman & Selesa, Memudahkan Pelanggan Menjalani Terapi Bekam Di Kediaman Sendiri. Selepas Itu Boleh Terus Berehat Tanpa Perlu Memandu Pulang.
✔BAGAIMANA CUCI & STERIL ALAT BEKAM ?

Semua Proses Mencuci & Steril Peralatan Kami Dilakukan Mengikut Prosedur Hospital.
1. Cup Bekam Akan Dicuci Sebersih-Bersihnya.
2. Direndam Dengan Larutan ANIOSYME DD1 selama 5 minit.
3. Direbus Dengan Air Panas Mendidih.
4. Dikeringkan Untuk Proses Steril..

BEKAM KE RUMAH DI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

INGIN BERBEKAM? Kami datang terus ke rumah anda.
Hadis Rasulullah S.A.W “Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu gunakan adalah berbekam.” dan Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya pada bekam itu terkandung kesembuhan.”
MENGAPA HARUS BERBEKAM ?
Selepas 120 hari, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sekiranya dibiarkan lama di situ akan menjadi toksik yang menjadi punca pelbagai penyakit. Jadi sel-sel inilah yang perlu dikeluarkan dari tubuh melalui kaedah bekam. Sel darah ini nanti akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
SIAPA YANG PERLU DI BEKAM?
1. Semua orang perlu berbekam sekurang-kurangnya 3 kali setahun atau setiap 120 hari sekali sebagai ikhtiar pencegahan penyakit. Sekiranya mampu, berbekam setiap bulan adalah yang terbaik.
2. Semua penyakit boleh di bekam. Antaranya sakit urat, sendi, lutut, artritis, gout, asma, migraine, alahan, angin dalam badan, resdung, jerawat dan sebagainya.
SAKIT TAK BEKAM?
Kesakitan seperti sesemut sahaja.
Pakej yang kami tawarkan hanyalah 7-9 cup RM100 per sessi.
APA KEISTIMEWAANNYA?
1. Anda tidak perlu bersusah payah utk mencari kedai untuk berbekam, sebaliknya kami yang bersusah payah mencari rumah ada.
2. Anda boleh rileks tengok tv sambil tunggu kami sampai… sebaliknya kami yang akan 'Waze' di mana rumah anda.
3. Kos minyak anda kosong, sebaliknya kami perlu isi minyak untuk menampung keperluan pergi dan balik. Jika jauh baru kami caj.
4. Selepas berbekam anda boleh terus rileks atau tidur di rumah.
Nak bekam di rumah anda area KL dan Selangor. Call / WhatsApp 0123562589 Hidayah Kamaruddin.
Kunjungi fanpage : http://www.facebook.com/mybekam

Wednesday, 19 August 2015

BEKAM MOBILE UNTUK TARIKH SUNNAH ZULQAEDAH


Pengisytiharan Tarikh Bekam Sunnah

Bekam Mobile Sekitar Ampang, Cheras, Damansara, Pantai Dalam, Wangsa Maju, Keramat, Pandan Jaya, Pandan Indah, dan kawasan sekitar Selangor pada 17, 19 dan 21 Zulqaedah adalah jatuh pada hari bulan 1,3 dan 5 September 2015.

Boleh buat temujanji awal : 012-3562589 ( Hidayah)

Pakej : RM100 untuk 7-9 cups point klinikal.

Lebih 10km dari KL akan dikenakan caj pengangkutan. 

Saturday, 14 February 2015

PAKEJ 2015 - BEKAM MOBILE SERVICE - AMPANG - KUALA LUMPUR - SHAH ALAM - BANGI - URUTAN + BEKAM LELAKI

Assalamualaikum para pelanggan yang dihormati,




PER: TERAPI URUTAN DAN BEKAM LELAKI



Mulai Februari 2015 , HBM telah memperkenalkan terapi urutan dan bekam untuk lelaki yang diuruskan oleh Juruterapi Urutan Lelaki.

Ini untuk memudahkan permintaan pelanggan yang kian hangat saban hari.

Oleh itu pakej yang ditawarkan untuk urutan ialah :

Bagi badan pesakit yang bersaiz S,M,L : RM90 ( Full Body Massage)
Bagi badan pesakit yang bersaiz XL dan ke atas : RM100-RM150 ( Full Body Massage)

Pakej Urutan Asas + Bekam Darah 11 point : RM100 ( harga dikekalkan)

* Kos pengangkutan dalam kawasan Kuala Lumpur adalah PERCUMA manakala di luar Kuala Lumpur bergantung kepada KM.

Untuk tempahan masa :

Sila hubungi : Hidayah ( 012-3562589)





Friday, 3 October 2014

SELAMAT MENJALANI IBADAH QURBAN

Kami warga HBM ingin mengucapkan Selamat Merayakan Aidiladha dan bagi yang pulang ke kampung, selamat tiba ke destinasi.

Tuesday, 17 June 2014

BEKAM UTK MUSLIMAH

Assalamualaikum semua..

Bagi yg mencari khidmat bekam wanita ke rumah boleh contact kami di talian :

0123562589 ( whatsapp/call/sms)
Atau dtg ke :
Serai Wangi Spa & Saloon
No. 4-3, Desa Mentari,
Jln Pjs 6 / 5f,  Petaling Jaya,
Selangor.

*Temujanji sahaja.
* RM99 / 14 point sunnah
* Luar KL - caj transport RM15-RM20

Sekian.

Tuesday, 20 May 2014

HOME SERVICE BEKAM SEKITAR AMPANG 2014

Assalamualaikum semua pengunjung

Nak beritahu, caj bekam di HBM ialah

 Hanya
   
RM99 ( 2 jam tempoh rawatan )
14 point asas/sunnah


2. Pakej Bekam 3 kali terapi ( 2 jam tempoh setiap rawatan )
RM290 (Harga asal RM299)
14 point/sunnah

* Luar Kuala Lumpur : caj tambahan minyak dan tol RM15 ke RM20 seorang.

Hubungi : Hidayah : 012-3562589

Sunday, 20 April 2014

BAJU TEE RASMI HIDAYAH BEKAM MUSLIMAH SUDAH KELUAR

Assalamualaikum,

Baju tee rasmi Hidayah Bekam Muslimah punya design sudah keluar!!  Boleh dapatkan sebelum Ramadhan. Sebelum Julai 2014. Available dalam sais S, M dan L berlengan panjang. Kalau nak XL atau beberapa kali L lagi pun boleh, Siapa berminat, boleh menempah dari sekarang. Kalau kita pakai di luar, lebih ramai orang akan tahu bekam sunnah ini. Maka jadilah dakwah kecil-kecilan gitu. Harga lebih kurang RM35. Caj pengeposan lebih kurang RM6 sahaja. Penghantaran seluruh Malaysia.

* Sesiapa nak order sehelai atau lebih boleh whatsapp ke 013-5892589. Anda akan diberi nombor akaun untuk urusan bank in.


BEKAM DARAH UNTUK MUSLIMAH

Sertai Bekam Darah di Hidayah Bekam Muslimah (www.facebook.com/mybekam) yang dikhususkan untuk muslimah sahaja. 

Perkhidmatan ke rumah yang selesa, batas-batas pensterilan dijaga serta konsultasi dan pemahaman rahsia sebenar bekam dikupaskan dengan lebih terperinci.

Jika ingin bermanja di spa, boleh kunjungi kami di :

Serai Wangi Spa Dan Saloon,
Desa Mentari,
Jalan PJS 6/5F,
41500, Petaling Jaya,
Selangor.

Harga yang SANGAT berpatutan dan tidak membebankan semua golongan. Ramai yang telah mencuba dan berpuas hati dengan perkhidmatan kami dan banyak testimoni kesembuhan dariNya hasil dari amalan berbekam. Ada juga yang berjaya hamil selepas beberapa kali gugur dan ada juga yang lama berkahwin tetapi belum pernah hamil, namun sedang hamil sekarang. Alhamdulillah buat mereka.

Apa tunggu lagi? Jangan ketinggalan merasai kehebatan perubatan langit ini. TIDAK AKAN menyebabkan ketagihan.

Booking slot anda segera kerana permintaan semakin tinggi. Prevention is better than cure. Kesihatan tidak boleh dibeli dengan wang.

Hubungi kami di 013-5892589 (whatsapp/sms/call)
012-3562589 (sms/call sahaja)

Tuesday, 15 April 2014

UJI DARAH SELEPAS & SELEPAS BEKAM


UJIAN DARAH 

   Umur yang panjang tidak bermakna jika kita tidak sihat. Jangan perjudikan kesihatan anda dan segeralah jalani pemeriksaan kesihatan seperti yang disarankan. Sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri, seharusnya menjalani saringan pemeriksaan. 

   Ujian saringan darah sebaiknya dijalani sebelum berbekam untuk mengetahui tahap kesihatan pesakit. Tujuan utamanya ialah untuk membezakan keadaan kesihatan seseorang melalui ujian darahnya sebelum dan selepas berbekam. Bagi individu sihat, ujian darah boleh mengesan sebarang ketidaknormalan yang tidak disedari dan memberikan pelbagai maklumat penting untuk diagnosis, rawatan dan kaedah pencegahan bagi satu-satu penyakit.


   Ujian darah boleh disaring di makmal-makmal swasta seperti BP Lab, Pathlab dan hospital-hospital swasta. Ujian darah lengkap tidaklah semahal yang disangka, dalam lingkungan RM80 - RM120 sahaja. 


   Ujian darah dilakukan untuk mengetahui kiraan darah keseluruhan, paras glukos, kandungan kolesterol (lipid profile), fungsi hati (liver function test),ginjal (renal function test) dan ujian urin (urin FEME).


   Sebelum anda berbekam, sila bawa sekali keputusan ujian darah anda. Jika dikesan awal, kos rawatan jauh lebih murah. Jangan biarkan kebimbangan ini menjadi penghalang. Anggaplah ia pelaburan yang bermanfaat untuk mengecap kehidupan yang lebih baik.


Di bawah ini disediakan sedikit penerangan tentang ujian-ujian darah penting yang dilakukan di makmal-makmal perubatan.



UJIAN DARAH PERIFERI

Red Cell Indices 
Red Cell Indices memberitahu ketidaknormalan sel darah merah.


Hematokrit (PCV)
Nilai PCV yang rendah mungkin disebabkan oleh anemia, kehilangan darah dan anemia hemolitik. PCV yang tinggi boleh disebabkan oleh polycythaemia atau macrocytosis.


Hemoglobin (Hb)
Hb berperanan mengangkut oksigen memasuki sel. Nilai Hb di bawah paras normal menandakan anemia.


Sel Darah Putih
Sel darah putih berfungsi sebagai sistem pertahanan tubuh terhadap mikroorganisma yang boleh menyebabkan jangkitan. Ia boleh dibahagikan kepada 5 jenis iaitu neutrofil, limfosit, monosit, eosinofil dan basofil.
Kehadiran sel yang abnormal menandakan infeksi kronik. Kehadiran sel-sel yang tak matang (blasts cells) dalam darah periferi dan peningkatan nilai Sel Darah Putih menandakan leukemia.


Platelet 
Platelet berperanan penting dalam mekanisma pembekuan darah bagi mengelakkan kehilangan darah yang berlebihan.


ESR
Erythrocyte Sedimentation Rate (ESR) ialah kadar enapan komponen sel dalam plasma dalam masa satu jam.


PBF (Peripheral Blood Film)
Filem darah nipis yang diwarnakan dengan pewarna tertentu dan diperiksa di bawah mikroskop.


Kumpulan Darah
Dua sistem yang biasa digunakan dalam menentukan kumpulan darah adalah ABO dan Rhesus (Rh). Melalui sistem ABO, kumpulan darah boleh dibahagikan kepada A, B, AB dan O. Taburan bagi setiap kumpulan adalah A (23%), B (23%), AB (5%) dan O (49%). Di bawah sistem Rhesus pula, darah boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu rhesus positif atau rhesus negatif.


URIN (FEME)
Urin atau air kencing dihasilkan dari proses penyaringan darah melalui ginjal. Kandungan urin bergantung kepada keadaan kesihatan dan pemakanan harian seseorang individu.


pH
Individu normal julat pH antara 5.0 hingga 7.0. Faktor yang mempengaruhi pH urin seseorang individu adalah pemakanan harian, tempoh selepas persampelan, infeksi saluran urinari dan ketakseimbangan hormon.


Glukos
Ujian saringan kehadiran glukos dalam urin adalah petanda seseorang individu itu mempunyai penyakit diabetes melitus. Namun demikian, kehadiran glukos dalam urin individu yang normal mungkin berlaku dalam individu yang mempunyai ambang glukos rendah; keadaan yang dikenali sebagai glukosuria.


Keton
Keton adalah hasil sampingan daripada metabolisma lemak dan dikumuhkan dalam urin. Keton hadir dalam pesakit diabetes mellitus kerana sel-sel badan tidak dapat menggunakan glukos sebagai sumber tenaga secara efektif. Keton juga terdapat dalam urin orang berpuasa.


Darah
Kehadiran darah dalam urin, mungkin berpunca dari ginjal, saluran urinari atau pundi kencing. Darah dalam urin dengan kesakitan adalah satu petanda kehadiran batu karang dalam salur urinari. Namun demikian, kehadiran darah dalam perempuan haid biasanya dianggap normal.


Protein
Kandungan protein meningkat dalam individu yang mengalami infeksi saluran urinari, individu yang mempunyai tekanan darah tinggi, diabetes mellitus dan penyakit ginjal.


Specific Graviti (S.G.)
S.G. adalah indikasi daya pemekatan dan perkumuhan ginjal. Individu normal mempunyai julat S.G. antara 1.015 hingga 1.030.


Mikroskopi
Permeriksaan kandungan urin di bawah mikroskop.


Sel Darah Putih 
Hitungan kurang dari 5 dalam satu HPF dianggap normal. Peningkatan SDP dan kehadiran bakteria dalam urin adalah berhubungkait dengan infeksi saluran urinari.
Ujian kultur perlu dilakukan untuk menentukan jenis bakteria dan antibiotik yang perlu diberikan.


Sel Darah Merah
Sel Darah Merah menandakan kehadiran darah dalam urin.


Sel Epithelia
Hitungan lebih dari 10 dalam satu HPF adalah indikasi infeksi saluran urinari.
Casts
Kehadiran cast granular mungkin menandakan kegagalan fungsi ginjal. Cast hialin boleh hadir dalam urin individu normal selepas senaman berat atau individu yang mengamalkan pemakanan diet kaya protein.


Kristal
Kristal urin yang biasa dilihat adalah kristal asid urik dan kalsium oksalat. Kehadiran kristal triple phosphate menandakan kemungkinan besar kehadiran batu karang ginjal.

UJIAN FUNGSI HATI 
Protein (Albumin & Globulin)
Kedua-dua albumin dan globulin berguna untuk mengukur status pemakanan seseorang individu. Kedua-duanya juga berguna untuk mendiagnosis penyakit hati, gastrointestinal dan ginjal (buah pinggang), ketaknormalan protein, kanser dan kegagalan fungsi sel darah.


Bilirubin
Peningkatan aras bilirubin dalam serum boleh berpunca dari kegagalan fungsi hati, obstruksi salur hempedu atau penyakit sel darah merah. Manifestasi klinikal ialah penyakit kuning.


SGOT/AST/Aspartate Aminotransferase
Enzim akan dibebaskan ke dalam peredaran darah apabila sel tercedera dan aras akan meningkat mengikut tahap kecederaan pada sel.


SGPT/ALT/Alanine Aminotransferase
Ianya selalu digunakan bersama SGOT bagi mengukur fungsi hati dan mendiagnos penyakit yang berkaitan dengan kegagalan fungsi hati.


SAP/Alkaline Phosphatase
Paras ALP yang tinggi ditemui pada kanak-kanak, penyakit hati, obstruksi salur hempedu dan penyakit tulang.


UJIAN FUNGSI GINJAL (RENAL FUNCTION TEST)

Elektrolit
Elektrolit merupakan komponen yang penting dalam cecair badan dan keseimbangannya membolehkan berbagai sel dan organ berfungsi secara normal.


Urea
Urea merupakan hasil akhir metabolisma protein dan asid amino. Ia mengukur fungsi ginjal dan hidrasi. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh digunakan secara bersendirian dalam penentuan fungsi ginjal (hanya untuk ujian penyaringan sahaja).


Kreatinin
Kreatinin selalunya diukur bersama-sama urea untuk menentukan fungsi ginjal.


Asid Urik
Gout merupakan sindrom klinikal bagi pesakit yang mempunyai asid urik yang tinggi dalam darah dan pengenapan kristal urate pada tisu lembut; terutamanya pada sendi mengakibatkan respons inflamasi.
Parasnya dalam darah juga dipengaruhi oleh jumlah asid urik yang dihasilkan dan kecekapan eksresi ginjal.


LIPID PROFILE

Aras kolesterol darah memberikan indikasi risiko mendapat penyakit kardiovaskular dan juga berguna untuk menilai fungsi hati dan tiroid.Kolesterol
Peningkatannya boleh mengakibatkan penimbunan pada dinding salur darah menyebabkan penyempitan dan seterusnya penyumbatan saluran darah (arhterosclerosis).


HDL-Kolesterol
Ianya dikenali juga sebagai kolesterol yang baik (good cholesterol). Ianya berfungsi sebagai pengangkut bagi mengeluarkan kolesterol yang berlebihan dari sel. Nilainya boleh ditingkatkan dengan melakukan senaman harian.


LDL-Kolesterol
Ianya juga dikenali sebagai kolesterol yang tak baik (bad cholesterol). Kolesterol yang berlebihan akan diangkut oleh LDL ke dinding arteri; mengakibatkan artherosclerosis.


Trigliseride
Trigliseride merupakan asid lemak yang ditemui dalam aliran darah. Aras yang tinggi boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.


Glukos (Kandungan gula darah)
Ia biasa digunakan untuk mendiagnos penyakit kencing manis (diabetes mellitus) atau bagi menilai tahap pengawalan glukos. Perubahan arasnya dalam darah bergantung kepada aktiviti individu dan juga jangkamasa selepas makan. Individu dengan keputusan ujian glukos darah dalam keadaan puasa yang menghampiri nilai yang ditetapkan dikehendaki melakukan ujian 
Glucose Tolerance Test (GTT) untuk menentukan diagnosis penyakit kencing manis.

KENAPA PERLU BEKAM?

MANFAAT BEKAM DARAH


Manfaat Terapi Bekam Darah Sunnah




  1. Mengeluarkan timbunan lemak dan kolesterol, darah-darah berasid dan beracun yang terperangkap dari celah-celah lapisan kulit. 
  2. Membantu mengurangkan pening dan migrain kerana aliran darah lancar di kawasan kepala.
  3. Membantu membuang angin dalam badan, dan melegakan sistem perkumuhan.
  4. Membantu meringankan tubuh kerana aliran yang tersumbat dan kurang lancar menyebabkan badan menjadi berat dan lesu.
  5. Membantu mengurangkan kebas kaki dan tangan serta lenguh-lenguh.
  6. Membantu menajamkan penglihatan kerana peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan kabur.

HBM & SERAI WANGI SPA

Assalamualaikum wbt

Salam sayang semua...

Hidayah Bekam Muslimah telah ber'joint venture' dengan Serai Wangi Spa beralamat di :-

3-4, Desa Mentari,
Jalan PJS 6/5F, 41500,
Petaling Jaya,
Selangor

Maka, para pelanggan yang ingin berbekam di spa, sebelumnya anda boleh buat facial, rendaman kaki, sauna bilik kayu atau mandi susu di sana untuk kesegaran badan. 

Namun, pakej untuk bekam berbeza sedikit kerana di spa kami menyediakan ruangan yang lebih selesa dan menyegarkan. Anda hanya perlu bawa diri sahaja. Harga pakej bekam untuk di spa ialah RM150 sahaja. 

Di bawah ini dipamerkan sudut-sudut yang indah buat tatapan pengunjung. 





Cantik bukan? Okay, ada masa silalah berkunjung ke mari ya! 




Terima kasih.

Admin
013-5892589

TITIK SUNNAH 14 DIPERKENALKAN PADA APRIL 2014

Assalamualaikum wbt

Salam bahagia buat semua..


Bermula April 2014, Hidayah Bekam Muslimah telah memperkenalkan harga baru bekam ke rumah selepas perbincangan penyelarasan harga iaitu dari RM99 sahaja untuk 14 cawan. Harga asal RM120 untuk 22 titik, berkemungkinan titik-titik berlebihan ini tidak perlu dibekam.

Maka, selepas bermuzakarah, titik sunnah 14 diperkenalkan dan diperluaskan sebagai titik cadangan untuk para pelanggan baru dan lama. Titik ini juga lebih kurang sama dengan titik akupuntur. Titik-titik ini penting untuk tubuh kita.

Titik sunnah 14 yang dicadangkan seperti berikut :-



Ini adalah cadangan sahaja untuk para pelanggan. Tidak ada paksaan. Keutamaan titik-titik ini jika dilakukan, insya Allah berkaitan dengan semua organ. Boleh juga ditambah di tempat-tempat yang bermasalah secara percuma. Ikut selera pelanggan.

P/s: Jika lebih 30km dari KL dan Lembah Klang, caj tambahan diperlukan.

Terima kasih.

Sekian.

Admin.