Thursday, 28 November 2013

BEKAM UNTUK WANITA

Assalamualaikum pembaca semua,

Terima kasih dan tahniah kerana sampai ke blog ini. Semoga para pembaca di dalam lindungan Allah dan dijauhi dari sebarang kemudaratan. Sudah tiba masanya 2013 berakhir dan akan menerima kunjungan 2014.

Bagaimana dengan kesihatan para pembaca sekalian? Sudahkan anda berbekam? Sudahkah anda mengamalkan perubatan ini sebulan sekali? Jika jawapan kedua-duanya ya, tahniah sekali lagi. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati para pembaca semua untuk menjaga amanahNya dengan baik. Jika masih belum atau ragu-ragu, mintalah petunjuk dariNya. Masih belum terlewat untuk memulakan sesuatu kebajikan.

Sepanjang tahun ini, HBM telah memberi perkhidmatan bekam kepada pelanggan lebih puluhan malah mencecah ratusan orang sepanjang ia dijalankan selama hampir 2 tahun. Alhamdulillah, ramai yang telah berbesar hati dan seronok dengan keajaiban bekam sunnah ini selepas mencuba walaupun hanya kali pertama! Badan ringan dan jarang sekali mengambil cuti sakit.

Banyak testimoni dari para pelanggan kami, sejak itu ia menjadi iklan dari mulut ke mulut. Dari yang tidak pernah tahu langsung, dan sekarang terus menjadi duta kami.

Akhir kata, jadikanlah bekam ini sebagai amalan yang berterusan. Mungkin ini juga salah satu usaha kita untuk menjaga kesihatan selain pengambilan ubat dan pembedahan.

Hubungi kami di talian 013-5892589 untuk temujanji. Kami akan ke rumah anda!

Salam hormat,
Hidayah
Pengurus Hidayah Bekam Muslimah (HBM)
Ampang.