Gambar rajah di atas menunjukkan perbandingan antara salur darah normal dan salur darah yang dihiasi oleh plak kolesterol. Pada normalnya, kelajuan darah yang mengikuti salur ini sangat laju dan membolehkan darah dihantar ke destinasi dengan sangat efisien. Tetapi pada satu tahap di mana pengambilan kolesterol sangat tinggi , mengakibatkan ia deposit di dinding salur darah.
Ketebalan kolesterol ini akan semakin bertambah sehingga menyempitkan laluan darah. Ini akan menjadikan jantung memerlukan tekanan kerja yang sangat tinggi untuk memastikan pengepaman darah berjalan seperti biasa.
Faktor ini juga menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Akhirnya, kolesterol semakin mencapai ketebalan maksimum, menjadikan darah tidak dapat dihantar lagi dan akan tersekat lalu membeku di situ.
Oleh yang demikian, organ mengalami ketiadaan bekalan darah. Inilah yang menyebabkan pelbagai komplikasi pada tubuh. Di saat kolesterol mulai bertapak, bekam sangat berperanan untuk menghalang kolesterol dari bermaharajalela. Bekam juga membuang darah yang telah separa membeku dan panas keluar dari tubuh anda.
Jadi, jangan ditunggu sehingga kolesterol merosakkan dan mengeraskan salur darah anda. Ambil langkah awal untuk pencegahan! Berbekamlah.